
Berapa juta kali kita dah pernah dengar atau baca kata-kata ni, tapi ia sekadar angin lalu sahaja - atau - hm sepertinya tidak berkaitan dengan aku?
Don't limit yourself.
Kali ini, kata-kata ni seolah membawa satu pengertian baru dalam hidup aku. Acewah ayat style novel. Betul tak tipu.
Hari ini, terdetik nak countdown berapa lama dah aku berada di Malaysia ni. Maka, oh em

pergh rajin letak gambar banyak dalam post ini kali.
Maka aku mula bermuhasabah, apa aku dah buat selama ni? Tak dapat dinafikan ada beberapa pencapaian dalam hidup yang memang membanggakan eh selama lima bulan ni, dan tidaklah betul-betul lima bulan aku menganggur dek kerana resit exam dan sebagainya eh kantoi.
Hasil muhasabah, didapati sebab aku berada di sini pada ketika ini adalah kerana aku telah membatasi diri aku sendiri. Titik. Dan satu benda besarnya ialah, kekadang kita ni melimitkan diri sendiri dengan benda-benda yang tak pasti pun. Too much thinking on uncertain things makes us oblivious to whatever that we have right now. Contohnya, aku ni memang bercita-cita nak sambung belajar, tapi aku buat keputusan untuk tak sambung directly selepas habis degree sebab aku percaya yang aku perlu ada pengalaman praktikal bekerja dulu sebelum aku p belajar, supaya aku dapat buat keputusan yang bijaksana dan tidak terburu-buru nak belajar apa. So the plan is, work for a few years (or a year er) then further my study. Tapi sekarang aku mulai sedar yang fikiran bawah sedar aku telah terganggu dengan idea ini, justeru melimitkan diri aku sebab;
weh cepat weh carik keje engineer pastu boleh sambung belajar teruss
weh cepat weh sementara orang-orang yang kau kenal (dan rindu, eh) ada kat sana lagi cepat la sambung belajauu
weh cepat weh dah bulan berapa ni kang nak apply mara ke apa bulan tiga kang bulan semilan nak p dahh
weh cepat weh kau tak rindu ke nak p uk balik wehh
dan sebagainya. Dengan itu, aku begitu mudah terlupakan yang bahawasanya
weh kau tau dak sebenarnya sekarang ni masa yang kau paling bebass dalam dunia ni. single mingle, muda, takde hutang apa-apa (hutang budi dibawa mati), money is not your biggest concern, boleh drive and ada kereta sendiri (baru je ada kete sendiri XD kereta turun temurun), apa lagi kau mahuuuu
“Whoever wakes up in the morning having health in his body, is safe and secure in his house, and has one day’s provision of food; it is as though the whole world has been given to him. (Sunan at-Tirmidhi)
Hadis ni memang
bikin gua panas nangis.
Mesej gua di sini
ialah, bukalah diri anda. Eh pelik bunyinya. I mean, just open yourself. Tie
yourself only with what that are certain - syariah Allah, komitmen kepada
dakwah dan tarbiyah. Benda mutaghayyirat, let them be as they are - flexible.
Go and explore the world. Kejarlah mimpi dan impian-impianmu. Don't just
tamannau.

kihkih saje je nak
letak gak gambar terakhir :p


