Sebab kabut di depan, aku jadi tak nampak apa menanti. Lalu takut-takut untuk melangkah.
Sungguh aku takut. Tapi aku perlu melangkah.
Sungguh-sungguh juga aku minta, agar aku jadi nampak lorongnya. Biar langkah pun tidak semberono. Tidak kerana gesa. Tapi kerana Dia, dan yang memberi nafas kepada hidup kelamku.
Dan kabut masih belum hilang,
Masih di situ.


