berdosa ke

Saya perlu meluruskan pemahaman yang berkembang di jiwa sebahagian besar kaum Muslimin dewasa ini bahawa dosa ialah mengerjakan kemungkaran sahaja. Misalnya mencuri, zina, ghibah (gossip) dan sebagainya. Kefahaman sebegini adalah tidak benar, kerana termasuk dalam kategori dosa ialah tidak mengerjakan kewajipan-kewajipan syar'ie, atau melalaikannya, dalam bentuk tidak mengerjakannya dengan semestinya. Misalnya lalai mengerjakan solat pada waktunya, atau malas mengerjakannya secara berjemaah, atau kurang khusyu', atau tidak melakukan amar maaruf nahi munkar, atau lalai tidak melakukan dakwah ke jalan Allah Ta'ala, atau tidak peduli dengan urusan dan keadaan kaum Muslimmin, serta kewajipan-kewajipan lain yang dilupakan kaum Muslimin.


Juga termasuk dalam cakupan dosa besar, yang lebih besar dari dosa-dosa yang dilakukan organ tubuh, iaitu dosa yang dilakukan hati, seperti dengki, sombong, bangga dengan diri sendiri dan kagum dengan karya diri sendiri.

[Petikan dari Tarbiyah Dzatiyah tulisan Abdullah b Abdul Aziz al-Aidan]


"Sungguh, aku beristighfar kepada Allah sebanyak seratus kali dalam sehari."
sabda Rasulullah saw, riwayat Muslim

kita?

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.