Semasa hendak ke Raudhah di Masjid Nabawi, dalam fikiran saya cuma fikir,
"Aku ni nak pergi solat di salah satu taman antara taman-taman syurga. Fuh."
Allah beri peluang untuk kami solat di sana, bersama muslimah-muslimah dan mu'minah-mu'minah dari segenap pelosok dunia. Basically Raudhah tu secara fizikalnya, cumalah satu kawasan di Masjid Nabawi yang berkarpet hijau, bahagian lain karpet merah. Tapi perasaannya memang berbeza, masyaAllah.
Saya rasa nak sangat, sungguh-sungguh nak masuk syurga. Taknak yang lain, nak syurga semata-mata. Nak sangat jumpa Allah nanti. Jumpa Rasulullah saw. Abu Bakar ra. Umar alKhattab ra. Semangat sangat. Apatah lagi knowing that jasad mereka, terutama Rasulullah ada begitu dekat dengan saya.
I try to follow your way
and do the best my life as you taught me
I pray to be close to you
on that day and see you smile when you see me :)


