kata-kata aluan

bismillah


Rasanya lama sungguh belog ini diabaikan. Andai belog ni seorang manusia nescaya dia tanak kawan lagi dengan saya. Alhamdulillah Allah cipta belog ini sebagai belog. Walaupun begitu, belog ini pun makhluk Allah juga kan, dan apparently saya akan ditanya nanti, apa yang saya dah buat dengan beliau. Alamak.

Sila lihat atas. Perasan tak, nama belog ni dah berubah :) keep calm and carry on, ni kata-kata yang terpampang kat dalam bilik saya. Poster besar warna merah, beli hari tu kat Poster Sale. Suka lah, hari-hari tengok. Saya nak jadi orang yang tenang je selalu, tak kisah apa pun. Dzaka syu'uriyy, maksudnya ala-ala kecerdasan perasaan. Having the right feeling at the right time kan. Terutama bila tiba hari-hari atau saat yang tidak begitu menggembirakan dan menekan jiwa. Jadi orang yang tenang best kan, pastu pulak efek dia bukan kat kita je, tapi kat orang-orang sekeliling ni. Kalau lah jadi kelam kabut ke, jadi moody ke, tak bersemangat ke, family, housemates, orang-orang jumpa tengah jalan pun kena tempias jugak nanti.

Kadang-kadang saya teringat cakap seorang kawan ni, dia kata, Allah tu Maha Besar. Sebesar mana pun kita rasa masalah kita atau apa yang kita hadapi, Allah tu lagi besar sangat, kuasa Dia, rahmat Dia, kasih sayang Dia, concern Dia, semua lah. Apa-apa pun, insyaallah, will be fine, will be fine. Keep calm and carry on je okeh! Masa pegi beli poster ni, ada yang tulis, keep calm and eat cupcake, keep calm and buy shoes, apa tah lagi. Cool kan, hehe.

Bila hati rasa ada perasaan-perasaan yang tak best kan, saya rasa kuncinya adalah buang je perasaan tu, dan masukkan perasaan baru yang lebih best e.g. rajin, ikhlas, bersemangat, bersungguh-sungguh, optimis etc. Mungkin kenkadang kita rasa cam, contohnya ada something berlaku pastu kita sedih kan. Biarlah aku nak sedih, aku berhak untuk rasa sedih selepas apa yang berlaku ni. Memang betul, sebab kita manusia. Tapi takleh la lama-lama. Miss Loh pun kata, kena jadi solution conscious, bukan problem conscious. Nangis satu hari je, then esoknya terus pergi buat apa-apa yang patut, maksudnya bangkit semula la kan. Nangis setahun pun nak jadi apa kan, camtu jugak nanti.

Dan satu lagi, kalau rasa tak best, tu maksudnya kita kena lebih sungguh-sungguh la kan dekat dengan Allah. Solat banyak-banyak, doa, baca Quran, mathurat, zikir, istighfar. Rasa cam kelakar sungguh lah kan, bila kita ada masalah dan susah hati, tapi kita tak pergi kat Allah yang boleh buat semua benda jadi okay. Macam rasa lapar, tapi taknak pegi makan. Very funny indeed.

Tu je lah nak cakap. assalamualaikum wbt :)

dari sini

p/s: whoaaa. I don't know that. Setelah saya gugle 'keep calm and carry on', rupanya tu propaganda poster intended to be used during World War II. Betapa ceteknya pengetahuan am saya T_T

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.