horaay berwajah baruuu :)
anyways. want tp keep this in my record. tertoreh jiwaku membacanya. tahu tak apa yang menorehkan dari paragraf-paragraf itu? bila semua tu disandarkan kepada Allah. dari sini.
Aku ingin hanya dikenali sebagai Abdullah.
Bila mana aku melakukan kebaikan,
Allah jua yang mendapat pujian yang selayak bagiNya.
Dan bila mana aku melakukan keburukan,
Allah jua yang aku diserah kepada untuk dihukum selayakNya.
.
Aku ingin hanya diketahui sebagai Amrullah.
Bila mana aku membuat ijtihad yang betul,
Allah jua yang akan memberikanku ganjaran menurut kehendakNya.
Dan bila mana aku membuat ijtihad yang tidak betul,
Allah jua yang akan memberikanku ganjaran selayaknya buatku.
.
Aku ingin hanya dikatakan sebagai Jundullah.
Bila mana aku berada di saf paling hadapan sebagai pemecahbelah musuh,
Allah jua yang akan menggerakkan ku ke hadapan atas kuasaNya.
Dan bila mana aku berada di saf paling belakang sebagai pelindung rakyat,
Allah jua yang akan menguatkan ku untuk berdiri teguh atas kekuasaanNya.
.
Aku ingin hanya digelar sebagai Saifullah.
Bila mana aku dihayun ke kanan dan ke kiri,
Allah jua yang akan menajamkan mataku membelah tubuh musuh yang mendatang.
Bila mana aku dihayun ke hadapan dan ke belakang,
Allah jua yang akan mengukuhkan pangkalku menguatkan pegangan para Mukmin yang berpegang padaku.
.
Aku ingin hanya diangkat sebagai RomyunAllah.
Bila mana aku dipanah ke tengah-tengah musuh,
Allah jua yang akan menikamkan diriku ke dalam hati-hati manusia yang ketakutan.
Dan bila mana aku dipetik tangan-tangan para mukmin pula,
Allah jua yang akan menyejukkan tangan-tangan mereka, dan membakar hamasah mereka yang mencintai Allah dan RasulNya.
.
Inilah aku.
Milik Allah, milik Islam.
Dan ini juga engkau,
wahai yang seTuhan dengan aku.
also this reminds me of what keeps me going. sebenarnya dia sangat halus, bila ada satu point tu kita rasa a bit restless. takde hati, buntu. it might be because - you are affected by how people bertindakbalas with our amal. yeah i know its pathetic - eh kau (mengaku) daie kot apekahh buat kerja tak ikhlas blergh. i'm sorry i'm this pathetic; thats why i need reminders from you. when one of my murabbis cakap pasal asy-Syakur, it just go straight to the heart - baalighah. ni pakcik apg seperti di list sebelah
and one reminder from my ukhti has struck me as well;Andai kita merasa lelah dan jerih dengan tarbiyah dan dakwah yang kita perjuangkan, kita ternanti-nanti bunga dan buah hasil biji benih yang disemai, dibaja dan disiram, namun ia tidak juga kunjung tiba. Bisikan-bisikan jahanam syaitonirojim yang mendesak kita untuk berputus-asa makin berkumandang kuat di jiwa. kita mula berasa ragu-ragu kerana merasakan kerja-kerja kita tidak dihargai...
Ketahuilah, di sana ada as-Syakur, Dia yang Maha Mensyukuri yang pasti akan membalas setiap pengorbanan, titik peluh dan darah yang kitaa rembeskan untuk dakwah ini, dan as-Syahid, Dia yang Maha Menyaksikan setiap amalan dan bunga-bunga chenta yang kita taburkan.
sandarkan kepada Allah.parent-child conflict
husband-wife conflict
officemate-classmate-housemate conflict
murabbi-mutarabbi conflict
dan semuaaa konflik yg ada dalam hidup yg sementara ini
sandarkan semuanya kepada Allah
Yusuf : 18, 83, 86
lord of time. lord of space.
lord of beyond time and space.
ya rabbi ilaika asyku.



Fewit wajah baru la fatin ;)
ReplyDeleteye fatin ^_^
ReplyDelete