setiap kali, dan sekali lagi ia datang;
rasa hati luluh, lutut pun rasa lemah.
kalau boleh nak duduk diam-diam dalam bilik gelap, tak jumpa sesiapa.
i know how it feels, really. atau mungkin tidak, sebab saya tak buat banyak pun?
semua orang pun tengah berusaha. sekurang-kurangnya tengah berusaha untuk berusaha.
semua orang pun merasa berat di dada, dan berkerut dahi gusar memikirkan, menitis keringat dan air mata, berpinar.
kadang-kadang saya pun pernah terfikir, mengapa saya memilih jalan yang susah ni? sehingga akhir hayat kah saya akan begini?
bisikan-bisikan yang datang, menyebabkan saya berfikir dan mencari semula sebab mengapa aku di sini. sebab yang kukuh dan tak tergoyah oleh apa pun.
justeru bila saya kata saya buat ni kerana Allah, saya memilih kerana Allah, maka akan saya cuba bertahan kerana Allah, chin up and smile kerana Allah, berbuat kerana Allah.
:D
saya berdoa semoga apa yang saya rasai dan fikirkan tu, benar-benar dengan petunjuk dari Allah. bukan dasarnya nafsu dan perasaan. bukan kerana dulu saya biasa begitu dan tak biasa begini.
saya ingin membaca dan mendengar, terbuka dan belajar dari siapa pun, tenang dan bertolak ansur. ingin lebih dekat dengan apa yang Allah mahu, bukan yang saya mahu.
tapi mungkin juga sebab dah terlalu biasa, saya pun kurang sensitiviti? merasa terlalu biasa? tiada sense of urgency? atau dah penat mungkin?
that is why i need reminders. dan ketukan. dan bimbingan. dan bimbingan. dan doa doa dan doa. because again, tawazun/balance is always the hardest bit.
apa mampu kita melainkan dengan terus berusaha. dengan kelemahan-kelemahan yang saya ada, saya minta maaf.
saya tidak mengetahui adakah ini musibah atau rahmat, tetapi saya bersangka baik kepada Allah :)
Allah can always put us anywhere else, but He chose us to be here. sebab ini jalan yang terbaik yang menghantarkan kita ke destinasi idaman. sebab kalau kita selain di sini, mungkin kita jadi hamba tak bersyukur, mungkin kita leka, mungkin kita merasa cukup.
alangkah ajaibnya perilaku seorang mu'min itu, kan? :)
melihatkan yang 'busuk-busuk' di sekeliling kita, memang rasanya makin kelam dan sesak nafas. tapi kan masih banyak yang Allah berikan, yang wangi dan segar, yang bersama kita dulu dan sekarang, yang baru kita temui kini, yang mengukuhkan, yang mengajar, yang melukiskan ceria di wajah kita, menambahkan syukur dan indah dalam hati kita. mengukir Cinta <3
maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
saya tidak mahu merasa mudah dengan semua ini, tetapi saya juga tidak mahu berputus asa dari rahmat Allah.
merasa tsiqah dengan pertolongan Allah.
hanya gerhana, bukan terbenamnya matahari.
saya mahu jadi perwira :)
//perlu ke minta maaf if ada yang tak faham? hehe. jangan tanya banyak-banyak pasal post ni tau, nanti kang silap-silap saya delete dah pasni muahaha :p segan i
semangat, yeah!
insyaallah :)


