bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah? :)


tuai padi antara masak,
esok jangan layu-layuan,
intai kami antara nampak,
esok jangan rindu-rinduan.

orang aceh tengah sembahyang,
hari jumaat tengah hari,
pergilah kasih pergilah sayang,
pandai-pandai menjaga diri.

dari mana hendak ke mana,
tinggi rumput dari padi,
tahun mana bulan mana,
dapat kita berjumpa lagi?

dian tiga lilin pun tiga,
tanglung tergantung rumah laksamana,
diam juga sabar pun juga,
ada umur tidak ke mana.

tuan puteri pergi ke Rasah,
pulang semula sebelah pagi,
kita bertemu akhirnya berpisah,
diizin Tuhan bersua lagi.

may we live together in Jannah nanti, insyaallah :')

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

One Response to bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah? :)

  1. masa nak balik sekolah dulu lalu Rasah ke? :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.