Jangan kau berhenti

Kau, cita-citamu seorang duat yang menjadi pasak buat mendirikan bangunan ustaziyatul alam.

Tapi kadangkala, bila Allah campakkan kau dalam bumi yang rasanya agak asing, kau jadi hanyut. Mana jiwa duat itu? Kau makin rasa ditelan dunia yang menipu.

Kau lihat jiwa duat lain juga diuji, tapi mereka terus timbul. Kau cemburu, tapi kau pun tahu mereka begitu bukan sewenangnya. Sakit juga mereka terasa, bukan sedikit yang mereka korbankan. Prosesnya tidak indah.

Malam ini kau bangun lagi. Kau memohon taubat, sujud kau sujud meminta kuat. Kau tahu dah beberapa kali kau begitu, lalu alpa semula. Habis tu camne? Kau takkan nak berhenti dari meminta belas Dia. Teringat pesan cintamu, Allah takkan pernah jemu sehingga kau sendiri jemu. Berputus asa dari rahmat itu tanda kufur. Takpe. Mujahadahmu mungkin ada sedikit lain dari mereka, lemahmu mungkin kuat mereka, kerana itu kita seiring berlari.

Kau, jangan berhenti ok? Hujungnya nanti manis insyaallah. Hidup berlawan itu hidup yang hidup. Dia sebenarnya sedekat yang kau tak sangka :)

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.