salam wbt,
it has been long :) dah lama tak tulis, dah lama tak baca.
segala puji bagi Allah yang mengatur perjalanan hidup kita, dan kita memohon ampun banyak-banyak atas segala kesilapan, kelalaian kita di sepanjang jalan ini. ingat-ingatkan setiap momen kesilapan kita memang mendownkan, tapi apa lagi yang mampu kita buat melainkan memohon keampunan dan berbuat sehabis daya kita untuk saat yang menanti di hadapan.
he said, pertambahan ilmu itu zakatnya amal. bigger pitcha, pertambahan nikmat tu zakatnya amal. kita menyedari yang saat-saat sebagai pelajar ini adalah ketika di mana pembentukan diri itu core business yang utama, sebab apa yang bakal ditempuh selepas ini bahkan lebih menuntut jiddiyah dan tadhiyah, menerima tak semewah di sini dan memberi itu hingga habis mampu kita. sounds hard? takpe lah pun, hanya untuk beberapa puluh tahun akan datang je. lepas tu, syurga yang kita impikan untuk berehat di dalamnya.
melihat wajah-wajah bening saudara kita di sini, kita mengetahui yang banyak hak mereka tidak kita tunaikan, dan kita takut-takut tiada daya membalas ukhuwah sebagaimana yang mereka hulurkan kepada kita. maka kita panjatkan doa banyak-banyak, agar mereka dikurniai syurga. dan saudara-saudara kita tercinta yang tiada di depan mata begitu juga, moga hati kita bertaut kerana Dia. maafkan kita ya. saudara-saudara kita yang dulunya begitu dekat di hati kerana darah yang mengalir dalam urat nadi kita, tiada apa yang lebih indah sekiranya engkau memahami lantas bersama-sama dalam langkah ini. kita doakan juga, sebanyak yang kita mampu.
sampai sini dulu. bumi ini begitu bermakna, alhamdulillah. moga Allah menerima setiap satu jiwa-jiwa kita, dan menyerukannya dengan panggilan idaman kalbu, wahai jiwa-jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya.


