hujung minggu

Assalamualaikum wbt :)


Hari Ahad, 8:14 p.m.
HudHud, Leeds

Weekend ni, saya merasai Allah dah menghantar orang-orang dan menyusun peristiwa-peristiwa untuk saya belajar mengenai kehidupan. Alhamdulillah :)
Proses belajar dari kehidupan tak semuanya manis dan indah, tapi takpe.

Sebagaimana kita sewaktu persediaan di KMB dulu mengambil International Baccalaureate dan gigih memenuhi CAS hours, jam-jam itu takkan dikira melainkan selepas menulis CAS Reflective Report, part yang paling membosankan dalam dunia. Berapa kali dah diucap, oh alangkah seronok cuma membuat aktiviti CAS tanpa isi CAS Report, tapi juga dah berapa kali berbuih mulut Guru CAS berpesan, untuk kita refleks diri, refleks apa yang dah dipelajari dalam aktiviti itu adalah sebenarnya part yang paling penting.

Begitu juga course kehidupan yang kita ambil ni. Kursus persediaan di kolej dunia untuk ke akhirat nanti. Berjam-jam, sakit jiwa raga gembira dan sedih silih berganti, kalau takde reflection session tu, seolah-olah tak bermakna kan.

Tarbiyyah dan dakwah ini bukan dunia yang hanya akan saya ceburi semasa bergelar pelajar, tapi inilah kehidupan saya. Maka apa-apa pun, saya kena fikir jangka masa panjang, hela nafas yang panjang. Dalam membina diri, dan membina jiwa-jiwa lain.

Selalu, kita impikan yang ideal. Tapi tak selalunya begitu.

Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya Dia jadikan mereka satu umat, tetapi Dia memasukkan orang-orang yang Dia kehendaki ke dalam rahmatNya. Dan orang-orang yang zalim tidak ada bagi mereka pelindung atau penolong. asy-Syura: 8

Apa-apapun, Allah berkuasa memegang hati-hati kita. Kau, hanya pemberi peringatan. Lakukan amanahmu selayaknya.

..engkau melihat bumi itu kering dan tandus, tapi apabila Kami turunkan hujan ke atasnya, nescaya ia bergerak dan subur. Sesungguhnya yang menghidupkannya pasti dapat menghidupkan yang mati. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Fussilat: 39

Tulisan ini adalah syahadah mu. Penyaksian mu. Kepada yang haq, atau yang batil?

3 perkataan. Moga Allah redha. Kan awak? ;)

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.