salam,
I was listening to Tafsir Surah al-Insyirah while jalan-jalan at Hyde Park just now. I discovered that I need a noise cancelling earphones, and also these:
ayat 1. Bukankah Kami telah melapangkan dadamu?
Jadilah apa-apa pun, kalau dada/hati tenang dan lapang, seolah-olah dunia ini kita yang punya. Kenapa dada tak lapang? Dunia, kalau diletak dalam hati, tu yang jadi sempit, sesak. Jadi jangan letak kat situ. Letak kat tempat lain. Ingat hadis wahn?
ayat 2. dan Kami pun telah menurunkan bebanmu.
Beban apa yang Nabi tanggung?
Sungguh, Kami akan menurunkan perkataan yang berat bagimu. Muzammil: 5
Dakwah ni, tanggungjawab berat dan besar. Nabi bila turun wahyu, punyalah berat. Nak sampaikan wahyu, pun berat. Rasa tak, dakwah tu berat dan besar? Betul dah tu kalau rasa dah, tercapai dah ayat 5 Muzammil tadi. Tapi Allah kata, Allah yang bagi mas'uliyah dakwah tu kat kita, dan Allah jugaklah yang akan meringankan beban itu, melapangkan dada kita.
ayat 7. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain).
Kita akan faham alQuran ni, ikut mindset yang kita ada. Apa benda yang bermain-main di kotak fikiran kita sepanjang masa, apa yang menjadi tumpuan perhatian hidup kita.
Kalau kita kaki study dan otak asyik fikir assigment, exam, maka kita akan pandang ayat ni,
- oh, lepas habis exam, takleh rilek-rilek sangat. terus baca buku untuk exam tahun depan!
- lepas siap satu assigment, pegi sambung assignment lain. (eh macam familiar)
Kalau kita workaholic kerja asik duk pejabat bisnes cari duit 24/7, kita akan fikir kerja tu lah. Habis project ni pergi buat paperwork tu, orang ni dah beli pegi cari customer lain.
Kalau kita mindset kuat beribadah as in ibadah di ruang lingkup sempit i.e. solat puasa semata, maka kita akan mengambil ayat ni, oh lepas solat kena solat lagi dan lagi.
Mindset sebenar ialah mindset Nabi Muhammad saw, dan para sahabat yang ditarbiyyah mengikut madrasah Rasulullah. Kenapa Nabi diturunkan? Untuk mengajarkan kita sunnah makan pakai tangan kanan, tidur mengiring ke kanan, kunyah makanan 44 kali, kahwin 4 semata-mata?
Seperti nabi dan rasul terdahulu, Rasulullah saw diturunkan kerana ini, sunnah terbesar baginda adalah ini:
"Wahai kaumku! Sesungguhnya aku ini seorang pemberi peringatan yang menjelaskan kepadamu, sembahlah Allah, bertaqwalah kepadaNya dan taatlah kepadaku. Nescaya Dia mengampuni sebahagian dosa-dosamu dan menangguhkan kamu sampai pada batas waktu yang ditentukan." Nuh: 3-4
Jadi apa mindset Nabi? Jawab sendiri.
Dan last sekali ialah pasal berehat. Nabi bersabda,
Kami adalah kaum yang tidak akan makan selagi kami belum lapar, dan apabila kami lapar, kami tidak akan pernah kenyang.
Itu, qiyas, perumpamaan. Maksudnya, selagi belum betul betul betul penat, kami takkan berehat. Dan bila berehat, tak sampai all out punya berehat, tahap takde tahap.
Aduh penat sungguh saya membuat assignment ini. Lepas hantar nescaya saya akan marathon movie/cerita korea/next top model etc tanpa henti, dan tidur sehari semalam.
Bukan sikap seorang mukmin apabila fikiran asyik nak berehat.
Berehat bila betul-betul perlu rehat, takyah duk fikir-fikir aku kena rehat ni kena rehat. Tu yang badan duk ikut nak rehat.
Makan dalam sungguh mendengarkan tafsir itu. Berani-berani lagi mahu update ni dalam blog. 61:2-3




T_T
ReplyDeleteastaghfirullah.. T_T
ReplyDelete