Dah tamat

Fuh.

Alhamdulillah alhamdulillah. Tempoh berkurung saya sudah tamat :)

Satu hari, saya sedar yang saya ni telah menghabiskan banyak sangat masa membaca blog-blog. Blog-hopping. Sekali buka, kalau tiada perkara urgent lain perlu saya buat, boleh jadi hampir sejam, atau lebih. Saya suka. Memang best. Tengok hidup kawan-kawan saya macam mana. Tinggalkan sedikit komen kalau perlu. Ambil pengajaran. Muhasabah dan insaf seketika. Tersentuh. Ketawa. Berfikir.

Tapi apa-apa pun, kalau overdose memang tak bagus. Saya mendapati, itulah perkara yang mencuri banyak masa saya. Study pun setakat yang perlu dalam masa terdekat ni je e.g. ada test 2 hari lagi. Banyak benda berfaedah yang lebih prioriti untuk saya buat. Banyak sangat sangat sangat. Amanah-amanah di sana sini pun terabai. Maaf.

Bila sampai tahap saya melewatkan solat saya kerana baca blog-blog orang, I decided that I have to stop. Ini memang teruk. Sangat. Dan saya perlu denda diri saya sendiri.

Selama sebulan saya tak buka mana-mana blog, hatta Saiful Islam T_T

It's not that hard. Bahkan saya rasa diangkat satu beban dari bahu saya. Entah, rasa lebih ringan. Sekali sekala akan datang rasa, huuu, nak baca. Tapi tegas la sikit kan, dengan diri sendiri.

Sekarang curfew tu dah berakhir. Saya boleh baca blog semua orang dengan riang ria sesuka hati. Maksudnya boleh seperti dulu? Tidak tidak. Saya nak berubah. Perlu buang perkara-perkara yang tidak atau kurang menyumbang kepada akhirat. Bukan baca blog secara terlampau ni saja. Ingat kan, setiap perkara ada timbangan nya, walau sekecil mana, ia akan sama ada mendekatkan kita kepada syurga atau neraka. Jangan ambil ringan, jangan.

Dendalah diri sekali sekala. Biar sedar sikit.

I'm off to Spain insyaallah. 7 - 14 hb April. Doakan perjalanan kami, jaulah kami, holiday kami adalah holiday yang mengukuhkan iman sekukuhnya. Mengeratkan ukhuwah seeratnya. Menyuburkan rasa izzah dan bangga kerana kita semua dipilih Allah untuk menjadi Muslim :)

Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. (Ikutilah) agama nenek moyangmu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu orang-orang Muslim sejak dahulu, dan (begitu pula) dalam (AlQuran) ini, agar Rasul menjadi saksi atas dirimu, dan kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia.
alHajj:78

Allah pilih betul-betul tau. Bukan secara rawak atau randomly :)

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

4 Responses to Dah tamat

  1. mimy,

    have a safe journey

    keychain spain jgn lupa.muahahhaahahha

    ReplyDelete
  2. salam mimy..
    yup, sy juga mengalami symptom yg sama spt awak.. huhu..
    tp dah berazam nak berubah.. hehe..

    slmt2 jalan..
    pastikan bermanfaat.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  3. wow! thank you for this post!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.