Tahu tak apa perasaannya bila,
kita berusaha bersungguh-sungguh. Ok, mungkin tak lah bersungguh-sungguh sangat tapi agak bersungguh-sungguh. Tapi kita tengok orang yang kurang bersungguh-sungguh dari kita rupanya lebih jauh ke hadapan, maju. Tak kiralah dari mana-mana aspek. Disebabkan saya seorang pelajar maka bagi saya, aspek akademik lebih dominan. Lainlah kalau saya sudah bekerja. Berkeluarga. Berharta. Apa-apa saja.
Perasaannya tak lah best sangat. Agak kurang menyeronokkan perasaan tu. Akan tetapi, tahukah kita yang perasaan itu tak sepatutnya ada dalam diri kita?
Dan janganlah engkau tujukan pandangan matamu kepada kenikmatan yang telah Kmai berikan kepada beberapa golongan dari mereka (sebagai) bunga kehidupan dunia. Agar Kami uji mereka dengan (kesenangan) itu. Kurnia Tuhanmu lebih baik dan lebih kekal. Taha:131
Pertama. Amboi-amboi. Tahu tahu pulak yang kita usaha ni lebih banyak dari orang lain. Bukannya kita duduk berkepit 24/7 dengan orang lain tu yang kita tahu sangat apa yang dia dah buat. Tak baik tau, bersangka-sangka. Oh yang ini saya baru tahu. Rupanya, dalam Islam kita ni tak boleh bersangka-sangka kepada orang. Selama ni ingatkan tak boleh sangka buruk je atau bahasa glamour nya suu’u zhon. Cuba cek;
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa. alHujurat:12
Cool sangat Islam ni. Prevention is better than cure. Yang terang dan nyata tak boleh (tapi kadang-kadang terbuat juga) adalah prasangka buruk, maka untuk elak tu Allah pun bagi tips, jauhilah terus prasangka tu. Ala, contohnya,
Hati-hati kalau lalu jalan tu. Ada beberapa tahi anjing bersepah. Najis mughalazah tuu.
Kan senang hidup kalau tak lalu jalan tu. Lalu lah jalan lain.
Berbalik kepada tadi, Allah saja yang tahu banyak mana usaha dia. Dan Allah saja yang tahu banyak mana kita dah buat.
Kedua. Hei hei. Adakah awak buat sesuatu untuk mengharapkan balasan di dunia? Tak kisahlah Allah nak bagi apa setelah apa yang kita dah usaha. Yang penting kita usaha usaha dan usaha. Ramai orang dah cakap ni, Allah bagi kita ganjaran atas apa yang kita usahakan, bukan atas apa yang kita dapat. Kita nak redha Allah, kan? Ganjaran dan kesenangan hidup di dunia, bukannya indicator redha Allah kepada kita.
Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi) maka Kami segerakan baginya di (dunia) ini apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki. Kemudian Kami sediakan baginya (di akhirat) neraka Jahanam, dia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir.
Dan barangsiapa menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha kea rah itu dengan bersungguh-sungguh, sedangkan mereka itu beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik. alIsra’:18-19
Pastu, bila kita rasa seperti di atas i.e. perenggan kedua, patutnya kita rasa gembira. Kalaulah,semua benda kita dapat dengan mudah dan pantas, mana mujahadah kita? Mana pengorbanan kita? Mana peluang untuk kita belajar, perbaiki diri, tingkatkan potensi? Mana ruang untuk kita merasa pergantungan dengan Allah, mengadu kelemahan diri pada Allah, dekatkan jiwa kepada Tuhan yang Maha Pengasih? Ambil lah ini sebagai kesempatan untuk kita mengumpul pahala sebanyak-banyaknya :) Syurga tu bukan boleh dapat dengan goyang kaki dan senang lenang je.
Sebab kita manusia. Bila Allah bagi nikmat secara overload, maka kita jadi lupa diri. Bila kita lupa diri sebenarnya kita lupa Allah. Maka Allah bila nak bagi apa-apa kepada kita, just nice dengan apa yang kita perlu, apa yang kita mampu hadapi.
Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri. Mereka itulah orang-orang fasiq. alHasyr:19.
Jangan risau. Allah tak pernah sia-siakan usaha kita. Ingat tak dalam surah Luqman,
(Luqman berkata), “Wahai anakku, sesungguhnya kia ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dab berada dalam batu atau di langit atau di bumi, nescaya Allah akan memberinya (balasan). Sesungguhnya Allah Maha Halus, Maha Teliti. Luqman: 16
Segala puji-pujian hanya bagi Allah yang telah memberikan segala macam nikmat kepada kita. Allah, agar dengan nikmat itu menambahkan rasa cinta dan akrab kami kepada Mu.



terkejut saya pagi ni.
ReplyDeletesamimi dan blog?>
ahaks.. dah cukup sebulan ke sayang?? :)
ngee~
anyway.. insyaallah sama2 kte mujahadah!!
suke sgt2 post ni! ;)
ReplyDeletesaya suka ni..best2!
ReplyDeletelove this post the most (for now), mungkin kerana ini paling terkesan dgn saya buat masa kini T_T
ReplyDeletethanks for this wonderful reminder.
Iman likes this post :)
ReplyDeletethanks sebab ingat kan :)
mimy!!!
ReplyDeletelove this post!
nk culik ayat qur'an dari post kamu :)