* * *
Saya jumpa dia, semalam, Stesen KTM P. Dia bertanyakan arah, lalu kami bersama-sama meneruskan jalan. Dia ke K, saya ke B.
Dia sangat lain. Tak pernah jumpa orang sebegitu. Tak pernah. Pertama kali.

Kredit: www.starpulse.com
Dia ibarat Blossom dalam Powerpuff Girl,
tapi berambut hitam dan berusia 22 tahun.
Perjalanan agak jauh sebenarnya, serasa begitu singkat. Kami berbual dan bergurau senda. Tak pernah saya sangka, saya akan sebegini mesra dengan orang yang baru 2 minit yang lalu saya jumpa.
Saya pakai mask sempena H1N1. Dia kata saya macam Transformers. Dia 3 tahun lebih tua, dia panggil saya akak mula-mula (ok, mungkin saya nampak tua). Dia belajar Mechanical Engineering, sedang practical di P. Dia kecil dan comel, dia cek enjin kereta dan tukar tayar di tempat practical. Dia tinggal di Kelana Jaya, pertama kali naik komuter dan hilang arah selama 2.5 jam sebelum bertemu saya. Dia suka kucing, dia bawa Friskies dalam beg ke mana saja untuk mana-mana kucing lapar yang dia temui. Dia kata perut dia berdangdut lapar umpama menaiki motor yang pancit. Keluarganya keluarga engineer. Dia nak pakai seperti saya bila dia kahwin nanti. Dia ingin ke Australia untuk menyambung pelajaran nanti. Dia tanya apa haiwan biasa ada di UK, sebab Australia kan ada koala. Dia ingat patung besar yang pegang obor tu ada di UK, maka dia mahu saya ambil gambar di situ dan emelkan kepadanya, bersama gambar-gambar lain di UK. Dia nak ambil gambar yang saya emelkan nanti, dan hantar kepada ruangan. Salam Perantauan di akhbar. Saya suruh dia melawat saya di UK, saya kata saya akan carikan suami untuk dia. Yang baik (^_^) haha sukati je, ingat senang?
Saya sangat senang dengannya. Dan saya nampak cahaya itu. Dia seperti, kelihatannya, mencari.
Waktu itu, entah kenapa, saya bersyukur dengan pertemuan itu. Saya percaya, Allah tidak mengatur ini sia-sia. Of all people, I met her.
Kami bertukar nombor.
* * *
Saya ingin bertemu dia lagi. Saya ingin agar hati kami diikat dengan cinta kepada Dia. Saya ingin dia ke UK dan saya tunjukkan indahnya Islam, pengasihnya Allah. Saya ingin Allah lindungi dia. Saya ingin. Allah, tolong.
Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, melainkan dengan kebenaran.
AlHijr: 85
Dia menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran.
AnNahl: 3
Demikianlah Allah, Tuhanmu, Pencipta segala sesuatu, tidak ada tuhan selain Dia. Maka bagaimanakah kamu dapat dipalingkan?
Ghafir: 62



yeah mimi.. terus menjadi cahaya!~
ReplyDeletemenarik~
ReplyDelete