Hei, susah susah!

Kebelakangan ni, saya hadapi beberapa kesukaran.
Cabaran yang Allah beri sehari-hari, menuntut
ketahanan jiwa, mental dan fizikal.

Suatu hari, secebis kata-kata dari Ust M telah menyeperaiskan saya.
(kata akar: surprise *kui3*)
Kata Ust M kepada sidang pendengar yang berusaha sepenuh tenaga untuk mendengar,

"Nabi pernah berkata kepada sahabat, 'Jika tali kasutmu putus pun, mintalah kepada Allah!' "

Mata yang kuyu dan nyawa-nyawa ikan waktu tu, terbuka luas.
Wah, wah! Coolnya, kan?

Kadangkala kita lupa betapa berkuasanya doa itu. Kadangkala kita fikir, hmm, benda-benda remeh seperti printer tak berfungsi, masakan tengah hari yang terlebih masak a.k.a hangit, takkan tu pun nak doa kat Allah?

Ya, mintalah pada Dia =)

Tak perasan eh, printer tu, kan Allah yang punya. Sedap ke tak sedap, Dia tentukan. Buat visa nanti kena tunggu lama ke tak, kena reject ke tak, Allah yang tahu. Setiap daun yang gugur ke tanah pun, tiada satu yang terlepas dari pengetahuan Allah.


Kredit: www.groovygreen.com



Tapi perlu diingat ye, kebergantungan kepada Yang Maha Kuasa bukan maksudnya kita tak perlu gigih berusaha!



Dan kunci-kunci segala yang ghaib ada padaNya. Tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahuiNya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi, dan tidak ada sesuatu yang basah ataupun yang kering, yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata (Luh Mahfuz).
Al-An'am : 59


Ya Allah pemilik kekuasaan alam buana, Engkau memberi kekuasaan kepada siapa yang Engkau suka. Engkau merampas kekuasaan itu dari siapa sahaja yang Engkau mahu. Engkau berkuasa memuliakan dan menghina siapa sahaja yang Engkau mahu. Di tanganMu segala kebaikan dan kekayaan. Sesungguhnya Engkau berkuasa melakukan apa sahaja kepada siapa sahaja.



Hidup ni, kan satu tarbiyah dari Allah untuk kita =)

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

12 Responses to Hei, susah susah!

  1. indahnya hidup dalam tarbiyah rite? =)

    ReplyDelete
  2. eh, mimi pun ada blog..nape ana x penah tau..huhu

    ok2..salam ziarah..(^_^)

    ReplyDelete
  3. and everything that happens is surely the best for us, cuz Allah knows us best! :)
    (even yg terlebih masak tu. hehe)

    ReplyDelete
  4. man lam bidayatun mahrikoh, laisa nihayatun masyrikoh..
    ( siapa yang tak membakar dari permulaan, takkan bergemerlapan di pengakhiran)

    anggaplah semuanya ujian untuk diri yang akan menghasilkan kejayaan di penghujungnya

    salam ziarah

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..kita dpt bergantung pada yg Maha Kuasa atas segalanya..terfikir mcm mnalaa orng2 yg xdak pergantungan tu ya..cam sangat2 kesian

    ReplyDelete
  6. Aisyah: yup3, dan sedang mncuba untuk hayat indah tu setiaaap masa =)

    Anonymous: yup3, baru di awal penubuhan ni

    k iman: yup3, Allah knows us more than we think we know ourselves =)

    ahmadfaridwajdi: nice saying! welcome2

    Adib: btoi3 papa, Allah terbaek dan maha besst!

    ReplyDelete
  7. haha..semoga setel visa!!! da lama x jenguk blog ko....lpe nk cakap...layout ko lawa..n sepanjang ak ada blog, ak x pernah nak credit gambar...terok kan..violation of intellectual property tol....

    ReplyDelete
  8. erni: yup2 semoge setel. erni xmengenang budi. kene saman kang gtaw eh =P

    ReplyDelete
  9. mims.itu sungguh benar~
    kekadang kite ckp dlm hati je,xde la nak doa formally.tp, x ingat lak yg Dia tau jek evrything.
    in the end,baru tersedar yg sememangnye Dia maha mndgr n maha mngetahui =)

    ReplyDelete
  10. bila kte dah menghadapinya baru kita rasa realiti sbanar n mcm mana kte nk menghadapinya dgn rs kebergantungan kat Dia..teruskan usaha mimy..sy percaya kt awk.. =D
    p/s: sy ske pic daun jatuh2 tu..hee..

    ReplyDelete
  11. itana: kan kan itana!

    aozora: sy juge pecaya kpd aozora. stlah sgala yg ditempuhi, i believe u would be muccchh stronger!

    p/s: senanye awk ske sy kan. hehe

    ReplyDelete
  12. =p mimi kurangkan kepoyooan tu sblum fly n sblum ramadhan =) ngeh2

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.