penyelamat


Berbincang dengan rerakan usrati tadi berkenaan sejarah ummah dan isu semasa, yakni membincangkan buku Mengenali Gerakan Islah oleh Dr Taufiq Waie, spesifiknya tajuk Front Penyelamat Islam Algeria. Perghh bergaya habis topik diskusi rasa nak nangis. Secara peribadinya aku berpendapat ini bukanlah topik kegemaran atau yang semulajadi akan dibincangkan dalam sembang-sembang para pemilik kromosom XY, entahlah adakah ini memang trait umum wanita atau apa. Aku juga pernah membaca yang lelaki ini lebih cenderung untuk mengambil tahu isu semasa kerana mereka secara semulajadinya bersikap 'in charge' maka bila tahu isu semasa lebih rasa 'menguasai' gituhaa. Walaubagaimanapun ini cumalah sekadar generalisasi gender sudah tentu ada banyak kes-kes terpencil/istimewa.


Aku mendapati peripentingnya cakna isu semasa, isu ummah. Daie yang ingin menegakkan Islam di muka bumi itu bagiku;

1. Memahami Islam dengan syumul - prinsip-prinsip beserta manhaj taghyirnya
2. Masak dengan waqie sekelilingnya.

Dengan itu barulah dapat 'mengahwinkan' keduanya lantas tertegaklah Islam. Mengahwinkan? Tidak tidak bukan nak sangat kahwin, cuma aku sangat terkesan dengan satu analogi/tips yang diberikan oleh seorang bekas pelajar perubatan merangkap seorang doktor di United Kingdom sana berkenaan cara belajar;

You list down what are the topics that you need to master (for the final exam).
Then write down the time that you have before final exam.
And you 'marry' them together.
Alangkah bijaknya! Aku rasa sungguh signifikan kebijaksanaan terselit di sebalik nasihat tersebut. Konsep mengahwinkan dua benda yang berkaitan.

Berbalik kepada tajuk asal.

Aku juga mereflek kembali betapa pentingnya mencari sumber-sumber yang dipercayai dalam kita membuat kajian. Belajar referencing bukan cuma nak pakai bila buat tugasan universiti mahupun report projek tahun akhir, bahkan perlu dihayati ruh di sebaliknya. Autentikasi (oh my is there such a word?), keaslian, bahkan sebenarnya amanah ilmu tu. 

Di hujung perbincangan terfikir-fikir pula daku justeru rasa tertampar, kerana begitu enak enaknya berbincang ala-ala pemikiran kritikal gitu berkenaan isu dan qadhaya ummah, lantas terkenang bagaimana enak enaknya awal pagi tadi berguling-guling atas katil liat mujahadah binafsihi. Alangkah hodohnya dua situasi itu berlaku pada jiwa yang sama, alangkah ironinya!

Sekian refleksi.

Bakal bertemuduga buat kali kelapanbelas Isnin ni. Hai overnya. Doakan yang terbaik please. Tak habis-habis dilema seorang pemilik kromosom XY bidang kejuruteraan ni haih.





Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.