kita seraaaaang



beberapa kaidah dari usul fiqh; bimbingan untuk para daie.

1. memberi keteladanan sebelum berdakwah
2. mengikat hati sebelum menjelaskan
3. mengenalkan sebelum memberi beban
4. bertahap dalam pembebanan
5. memudahkan, bukan menyulitkan
6. yang pokok sebelum yang cabang
7. membesarkan hati (menggalakkan) sebelum memberi ancaman
8. memahamkan, bukan mengarah
9. mendidik bukan menelanjangi (mengaibkan)
10. muridnya guru, bukan muridnya buku

baru baca sampai kaidah kedua uols, jangan tanya i yang lain lagi eheh.

التاليف قبل التعريف

ada a list of tips on how to menyatukan hati manusia dengan hidayah Allah i.e.

a) menanamkan pada diri objek dakwah, bahawa kamu menyeru mereka kepada sebuah prinsip nilai, bukan demi kemaslahatan peribadi.
b) memberi kesan kepada objek dakwah bahawa engkau selalu menaruh perhatian kepadanya dan menginginkan kebaikan baginya.
c) tidak bersikap keras, meskipun hanya dengan kata-katamu.
d) hendaknya kamu membuat objek dakwah itu dekat denganmu, berseri muka di hadapannya dan jangan mencari-cari kekurangannya.
e) hendaknya kamu menghadapkan wajahmu ketika berbicara dengannya, dan janganlah kamu putus pembicaraannya, dan anganlah pula kamu lecehkan kata-katanya.
f) ketika berbicara dengan objek dakwah janganlah kamu merasa lebih tinggi darinya dan tempatkan ia sesuai posisinya.
g) hendaknya kamu menasihati objek dakwah dengan rahsia, jangalah engkau membuka aibnya di hadapan orang banyak.
h) memberi hadiah kepada objek dakwah untuk melunakkan hatinya.
i) hendaknya seorang daie merangsang tekad objek dakwah agar hatinya terbuka untuk menerima kebenaran.
j) hendaklah menjauhi perselisihan dalam masalah fiqh dan meninggalkan debat atau saling berbangga diri dengan pendapatnya.

setiap satu tips di atas ad huraian-huraiannya yang terbaik sekali, siap dengan pellllbagai kisah sahabat dan Rasulullah saw yang memang menjelaskan lagi poin-poin di atas. to some extent yang, especially kalau kita bukan baca buku ni at one go, dia jadi cam, eh aku baca ni under topic apa eh lupa eheh

moga bermanfaat untuk ummah. 
assalamualaikum wbt

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.