bila aku menyedari, imanku bukan milikku seorang
kerana terkait padanya jiwa-jiwa yang lain
jatuhnya dia, menarik yang terkait sama-sama menghujam
hidupnya dia, menghembus segar jiwa yang mencari
kakunya dia, terduduk bingung mereka tidak mengerti
kerana pedih
bila aku melihat tertangguhnya nasr itu
kerana si jahil aku ini yang mengira
imanku itu masih milikku seorang
bila disabdakan oleh Uswatun Hasanah
bahawa kita ini satu tubuh
apa kau mengira sakit itu ertinya sakit berdarah demam berhingus saja?
moga taubat menandai episod baru
biar aku jadi mu'min luar biasa
biar layak menghuni syurga tertinggi
biar senyum berjumpa Yang Maha Pengasih
cuma percayalah kataku
iman tu bukan milikmu seorang