salam wbt,
untuk murabbi dan daie di luar sana :')
kita selalu dengar kan, dakwah kita ni dakwah kasih sayang. kalau baca dakwatuna by pakcik hassan, kita akan rasa nak pingsan, macam manaaaa kita nak menyayangi mad'u dan umat seluruhnya camne yang dia rasa?
Rasa Hati
Kita juga mahu supaya bangsa kita faham bahawa mereka lebih kita sayangi daripada diri kita sendiri. Demi kasih sayang ini kita sedia jadikan nyawa kita sebagai penebus demi mengembalikan kehormatan bangsa ini. Nyawa ini sedia dikorbankan demi menebus semula maruah, harga diri, agama dan impian mereka jika perlu. Pendirian ini lahir dari rasa hati yang sekian lama mencengkam hati ini. Rasa hati yang sekian lama menyelubungi perasaan ini. Rasa hati yang menyebabkan mata ini tidak lena tidur. Rasa hati yang menyebabkan air mata ini sentiasa bercucuran. Rasanya terlalu sukar untuk sekadar melihat nasib yang menimpa masyarakat kita kemudian kita hanya berpeluk tubuh menerima segala penghinaan ini, atau reda dengan segala kehinaan ini, atau sekadar mendiamkan diri. Demi Allah, kita akan bekerja di jalan Allah untuk kepentingan manusia lebih daripada untuk kepentingan diri kita sendiri.
pingsan sekarang.
ada banyak jalan untuk kita yang berhati kotor dan masih terpenjara dengan jahiliyah serta kepentingan-kepentingan diri ni, untuk membina rasa hati seperti di atas.
yang paling utmost mustilah dengan kita mencintai Allah dengan sebenar-benarnya. ingatkah anda hadis kemanisan iman?
di samping itu nak share ni, mengapa kita menyayangi mad'u. i found this very profound so nak share,
mengapa anda menyayangi mad'u
1. kasihan belas terhadapnya dari azab Allah
- kita taknak dia masuk neraka
2. mengharapkan ganjaran besar dari Allah dengan mad'u mendapat hidayah
- lebih baik dari dunia dan seisinya :')
3. ingin mendapat syafaatnya di hari qiamat
- dia tolong kita time di akhirat, kita pun tolong dia
4. pentingnya golongan yang membantu dakwah
- kalau kita yakin dakwah inilah penyelamat dunia dan jalan ke syurga, kita akan yakin pentingnya golongan ni
mestilah boleh list berpuluh-puluh sebab lagi. silakan share? :D



salam :) boleh share hadis kemanisan iman itu? tq :)
ReplyDeletewlam wbt. takleh. ngeee :p
ReplyDeletesat eh
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)
ReplyDelete<3
<3
ReplyDeleteMoga-moga Allah menerima dakwah kita. Sungguh, kerja2 ini perlu disertakan pengorbanan yang tinggi. Demi islam satu hari nanti. Teruskan bertinta.
ReplyDelete