asSomad

kita ingin menjadi benar dalam dakwah kita. benar dalam niat kita, benar dalam perbuatan kita, tingkah laku kita, benar dalam perkataan kita, benar dalam pandangan kita, benar dalam perasaan kita, benar dalam keHIDUPan kita.

akan ada yang menghalangi. bukan halang main-main acah, halang sungguh-sungguh man. dari dalam, dari luar.

sebab itu kita sangat paling super perlu kepada Allah. perlu cinta. perlu kembali setiap masa, perlu istighfar setiap masa, perlu sentiasa mencela diri, perlu menangisi dosa-dosa, perlu mengenang satu-satu rahmat dan nikmat Allah.

sebab itu kita sentiasa perlu dengan tarbiyyah ini. sentiasa perlu menyegarkan hati yang nak menerima. mengingat kembali mengapa aku di sini.

kita ini tiada siapa, hanya hamba yang hina. tak perlu merasa lebih dari sesiapa, ye sesiapa sahaja, sebab kita tahu siapa kita sebenarnya. Allah tahu.

dan kita di sini bukan kerana kita mahu, hanya kerana Allah mahu. dengan rahmat dan kasih sayangNya, Dia mahu dan masih meletakkan kita di sini. Dia memilih kita dengan mengetahui segala cacat cela kita.

benar dalam langkah pertama, kedua, kelapan ratus, dan langkah terakhir kita. lagngkah terakhir, yang kita tak tahu di mana pun, bila, bagaimana kegagahan atau kelemauan iman kita pada ketika itu, dengan siapa?

tapi yang pasti kita ingin bangun semula bersama yang kita cintai, dan bertemu cinta hidup kita yang selama ini ghaib, tak pernah terlihat oleh mata namun kita terus tetap mencintai.

dengan setiap saat yang masih Dia berikan, kita ingin hidup untuk Allah.

Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

One Response to asSomad

  1. Dia memilih kita dengan mengetahui segala cacat cela kita.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.