my weekend

Pada hujung minggu yang lalu saya dan kawan-kawan (fillah) telah pergi ke Ennerdale Scout Camp untuk satu perogram yang cool.


Alhamdulillah it was mabeles. Superb. Alhamdulillahi allahu akbar yang telah memilih hati-hati kami untuk bersama-sama pada hujung minggu yang manis itu.

Pada hari terakhir kami telah pergi berjalan-jalan di tepi tasik dan bukit bukau. Sungguh indah sekali pemandangan masyaAllah. Seakan-akan mahu tambah mengagumkan kami pada kekuasaan Allah, hati kami yang disentuh dan dibasuh bertalu-talu, makin cinta rasanya.

Saya melihat bukit yang tinggi dan besar. Saya mendapati saya begitu mudah merasa amazed dengan benda yang besar - bukit dan gunung. Bukan apa, rasa begitu kecil sekali. 

Sekiranya Kami menurunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, tentu kamu melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah.
AlHasyr: 21

Allah, besar dan kukuh sangat bukit dan gunung ini pun boleh hancur dengan amanahMu itu. I wonder, hati saya yang kecil di dalam dada ni, apa betul mampu menanggungnya? Allah kata, boleh, dengan qiam dan kuatnya hubungan denganKu.

Hati itu mampu jadi lebih teguh dari gunung.

Saya selalu teringatkan adik-adik saya yang tak berada bersama, and how I wish they were here, sama-sama merasai manisnya perasaan ini lepas tu sama-sama kita melangkah. Tapi takpe sebab saya tahu Allah ada plan yang lebih baik dan best insyaallah ^^ dan mestilah teringat adik-adik yang jauh tu. Allah sahaja yang mampu jaga antunna semua. Kita kirim doa banyak-banyak ok? :)

Haish sejak bila jiwang entah. Rindu rumah jugak ni dah lama tak tepon nak tepon dah lewat pulak.

Dua minggu terakhir persekolahan. Selit doa untuk saya sikit eh ;)



Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

One Response to my weekend

  1. kak mimyyyyyyyyyyyyyyyyy, sentiasa dalam doa, sentiasa dalam ingatannnnnnnnnnnnn dan sebutannnnnnnnnnnnnn

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.