Reviu: Valley of the Wolves Palestine 2011

bismillah.


*fewitt first time buat reviu filem*

Pendahuluan: Kenapa Filem ini

Saya rasa tertarik nak menonton filem ni kerana:

1. ramai jugak orang semangat promote cerita ni espeseli di mukabuku
2. melihat kepada individu-individu yang promo cerita ni

Sebab 2. tu lebih besar peranan. Espeseli kalau orang itu ialah saya tsiqah kepada, maka peringatan kepada insan di luar sana, what you did actually affects other people's life ok. And they say cerita ni memberi gambaran sebenar keadaan di Palestin. Ok, mari tonton!

Jalan Cerita

Takyah la cerita yang ni. Boleh tengok kat internet, wikipedia ada, reviu-reviu lain ada.

Perasaan/refleksi saya

Ni je nak cerita sebenarnya.

Beberapa minit terawal filem, saya berdoa semoga filem ini somehow menambahkan rasa cinta saya kepada Palestin. Cinta tu satu perasaan kan, dan cinta tu akan datang bila kita makin kenal. I guess I don't know much about Palestin :(

Ok. Ini memang filem action yang banyak unsur suspen dan mendebarkan. Tapi most importantly apa saya dapat ialah, keadaan ahli keluarga saya di Palestin. It could be worse, the reality (and i guess it is worse, sangat) compared to what have been depicted by the film itself. Kesukahatian zionis. Tengok muka orang jahat dalam tu pun rasa nak belasah dan lompat-lompat atas perut dia. Dan saya sangat tersentuh dengan motivasi Palestinians. ada dua scene yang saya rasa sangat best la.

Scene 1:
Moshe si penjahat Israel dan askar-askar Israel semua nak pegi tangkap geng protagonist (erk tak ingat nama *pegi google*) diketuai oleh Polat Alemdar. Maka Moshe and the gang pergi ke kawasan Palestin sebab Alemdar tu dia duduk kat rumah sorang geng Palestin dia Abdullah. Pastu time nak masuk tempat Palestin tu ada polis Palestin datang cakap tak boleh, ni kawasan Palestin. Saya cam, fuh sungguh kacak bergaya gagah berani polis ni espeseli ketua polis yang pegi cakap dekat Moshe tu. Dan polis-polis Palestin yang lain. Di negara bertemakan perjuangan yang sesiapa je boleh dibunuh bila-bila, jadi polis memang satu kerjaya murni yang bukan calang-calang orang boleh jadi.

Scene 2:
Alemdar dan geng berjaya mengkucar-kacirkan markas Israel. Depa berjaya confiscate (perkataan baru untuk saya semalam XD) senjata-senjata Israel dan agih-agih kat orang Palestin. Pastu Moshe marah la then pergi serang lagi kali ni lebih ganaz, dengan kereta kebal bom fosforus helikopter semua. Sangat menggetarkan jiwa, keberanian dan kenekadan pemuda-pemuda Palestin melawan mereka, even hanya dengan senjata yang sangat limited, mostly memang balik-baling batu dan 'bom' botol berisi minyak pastu nyalakan api kat mulut botol dan campak kat tentera Zionis. Mengharukan.

Dan jika semua umat manusia bersatu padu untuk mencelakakanmu, nescaya mereka tidak dapat mencelakakanmu kecuali dengan sesuatu yang telah ditulis oleh Allah bagimu. HR Tirmidzi

Tell me, apa yang jadi motivasi diorang? Adakah semata-mata semangat patriotisme menentang penjajah atau semangat aku-nak-pastikan-anak-bini-aku-selamat? No. Keyakinan yang tiada tara dengan janji Allah. Tauhid. Itu kuncinya.

Sebab Aqsa itu soal aqidah, bukan semata-mata kemanusiaan.

Ada dua lagi scene menyentuh hati.

Scene 3:
Moshe si jahat dan Israel dapat detect Abdullah tu penduduk Palestin (Alemdar n gang lain tu orang Turki) depa pi culik anak beranak Abdullah and runtuhkan rumah. Dalam rumah tu ada Ahmet anak Abdullah yang kaki lumpuh, maka dia mati ditimbus rumah. Sedih sangat scene tu, nenek dia kata,
"Don't cry Ahmet. Allah is with you. Prophet Muhammad is with you."
Pastu berkumandang ayat,
Dan jangan sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, sebenarnya mereka itu hidup, di sisi Tuhannya mendapat rezeki. 3: 169

Pastu diri sendiri sambung,

..dan bergirang hati terhadap orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka. 3: 170

Diorang semua tunggu kita ni, nak sama-sama syahid!

Satu lagi yang cool ialah bila Simone (pempuan Amerika Jewish yang tersesat join geng protagonist tu) bila dia nak lari taknak join geng Alemdar tu, dia duk pusing-pusing kat area rumah Abdullah i.e. perkampungan Palestin tu, terdengar syair anak Palestin tu. Ala yang ni,


Sob. Masa menonton tu datang perasaan yang, weh aku ni gila ke, saudaraku yang di sana struggle macam ni, aku duk rilek-rilek dan tak sungguh-sungguh buat kerja dakwah, tidur banyak, boleh lagi cakap oh taktau nak buat apa banyak sangat masa, belajar pun tak ihsan and the list goes on. Teringat video promo Aqsa Syariff yang pernah dipost dulu, matching pula.

Kesian ke dekat orang Palestin? Tak, kesian kat diri sendiri. Mereka dah dijanjikan kemuliaan sebagai orang-orang yang berjuang di Masjidil Aqsa dan sekitarnya, aku ni yang tak tahu masa depan camne. Syurga ke neraka? Mereka syahid di jalan Allah, despite aku ni nak doakan diorang ke tak, nak boikot product Israel ke tak, nak sungguh-sungguh tegakkan Islam ke tak.

Rasulullah saw berkata, "Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian." Sahabat bertanya, "Di mana mereka itu?" Baginda menjawab, "Di BaitulMaqdis dan sekitarnya."

Ops, dari saya tetiba jadi aku kan.

Saya tak kisah sangat lah pun plot cerita orang Turki bunuh orang Israel ke camne ke, saya tak melihat itu point utama cerita ni. Or at least tu bukan point saya tengok cerita ni. Or apa-apa je lah. tapi realiti perjuangan di Palestin tu yang saya kisah. Tapi gembira je la tengok Moshe tu mati at last. Tapi pun, kalau camtu pun, Moshe tu cuma lah satu dari berlambak-lambak pekerja taghut, sorang mati ada lagi yang lain. Sebab tu that's not the way, kita lawan taghut tu dengan kekuatan iman kita. Bukan kekuatan boleh lawan orang dengan martial art yang hebat, ketepatan sharp shooter, kecanggihan senjata. Allah akan bagi kemenangan tu bila kita betul-betul layak, tanpa bertangguh walau sesaat. So sekarang kena lah layakkan diri. Lawan jahiliyah semua tu.

Penutup

Sekian dulu dari saya. Ini personal reflection je lepas tengok cerita tu, heh. Selamat menonton siapa nak tonton, then share reflection kome pulak ye :) Moga Allah tetapkan hati kita di jalanNya.

assalamualaikum warahmatullah.


Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Reviu: Valley of the Wolves Palestine 2011

  1. nanti saya tulis review sy pulak kalo sempat. traumatic and giv me sumetin that really is sumtin. k gtg to skul .... mujahadah blom abes

    ReplyDelete
  2. mimyyyyyyyyyy!!!!!!cerite ni sgt saspen. bnyk kali sy pause sb terlalu saspen. review awk bnyk menampar pipi sy,malah bagai dihempap batu pun ada. sob3x.

    ~saya@bilik4,wardah~

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.