Yahya b Muaz berpesan;
"Berjihadlah melawan nafsu dengan riadah (latihan ruhani)."
Latihan riadah ada empat macam:
1. Sedikit makan
2. Sedikit tidur
3. Bercakap sekadar perlu
4. Sabar menahan gangguan orang lain
Dengan kurang makan matilah keserakahan syahwat. Dengan kurang tidur kemahuan menjadi bersih jernih. Apabila kurang bercakap badan selamat. Dan dengan bersabar menanggung gangguan memungkinkan sampai kepada matlamat yang dituju.
Rasulullah kata,
Jangan kamu tumpaskan (kepekaan) hati dengan banyak makan dan minum. Sebab hati itu laksana tanaman. Ia boleh mati kalau digenangi air (secara) berlebihan.
Tiap seorang hamba (Allah) meninggalkan makanan yang amat diidami maka tiap itulah Allah menaikkan darjatnya di syurga satu darjat. HR at-Tabrani
.bahtera penyelamat, FY.
p/s: secara qiyasnya, (ekeke sukati aje) kalau kita meninggalkan makanan yang sedap yang diidami kerana ia diboikot di samping taknak makan banyak, dapat lebih ganjaran kot? :D
selamat ber-summer di mesia :)
pp/s (eh ke p/ss): apa di sisi Allah, kan lebih baik. semangat!



sy da gagal riadah cakap td...hahaha..
ReplyDeletebiasanya riadah org increase activity..awk punye riadah kurangkan sume...haish (geleng2)