beg berat

sometimes kita wonder kan. just wonder.

apa yang Allah sedang plan untuk kita.

kita merasa tidak mampu untuk menggalas beg amanah ini.
terus Allah menambah lagi dan lagi.
pandang je, betul ke kita boleh angkat ni. bawa ke Sana, dengan selayaknya?
terkenang semalam dan kelmarin. tak sesempurna mana. pahit pun ada, rasanya.

tapi buah fikiran itu juga terus masuk dalam hati kita. jiwa dan fikiran.
bersangka baik dengan Allah.
Allah beri ikut kemampuan.
ingin bersihkan kotor biar hanya sejahtera bertemu denganNya.
tolong agamaNya dan kakimu akan diteguhkan.
berjuta lagi.

mahu katakan tidak? tak mungkin.
menolak peluang ke syurga. no way.

mungkin, cara Dia untuk memberitahu, kasih dan sayang? :)

Syurga itu lebih dekat kepada seseorang di antara engkau sekalian daripada ikatan terompahnya, dan neraka pun demikian pula.
[Hadith Riwayat Bukhari]

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.