" Di manakah sekutu-sekutuKu itu, yang (kerena membelanya) kamu selalu memusuhi mereka (nabi-nabi dan orang yang beriman)?"
Orang-orang yang diberi ilmu berkata,
" Sesungguhnya kehinaan dan azab pada hari ini ditimpakan kepada orang yang kafir."
(Iaitu) orang yang dicabut nyawanya dalam keadaan (berbuat) zalim kepada diri sendiri, lalu mereka menyerahkan diri (sambil berkata),
" Kami tidak pernah mengerjakan sesuatu kejahatan pun."
(Malaikat menjawab), " Pernah! Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
Maka masukilah pintu-pintu neraka Jahanam, kamu kekal di dalamnya. Pasti itu seburuk-buruk tempat orang yang menyombongkan diri.
Dan kemudian dikatakan kepada orang yang bertaqwa,
" Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?"
Mereka menjawab,
"Kebaikan."
Bagi orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat (balasan) yang baik. Dan sesungguhnya hari akhirat pasti lebih baik. Dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertaqwa.
(iaitu) Syurga-syurga Adn yang mereka masuki, mengalir di bawahnya sungai-sungai, di dalam (syurga) itu mereka mendapat segala apa yang diinginkan. Demikianlah Allah memberi balsan kepada orang yang bertaqwa.
(iaitu) Orang yang diwafatkan oleh para malaikat dalam keadaan baik, mereka (para malaikat) mengatakan (kepada mereka),
" Salamun alaikum, masuklah ke dalam syurga kerana apa yang telah kamu kerjakan."
anNahl: 27-32
.72hours to go.


