Dakwah ni seumpama anak-anak tangga.
Bila kita membina manusia, mungkin apa yang kita buat ialah membina satu anak tangga. Dan selepas kita, atau bersama-sama kita, orang lain juga membina anak tangga yang lain pula.
Sampai satu masa, kita lihat, seolah-olah anak-anak tangga yang dibina, dah sampai dah ke tempatnya. Dah mula berubah. Jiwa akhirnya tersentuh. Cinta kepada keimanan, benci pada kejahilan.
Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan, dan menjadikan (iman) itu indah dalam hatimu, seperti menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kederhakaan. alHujurat:7
Kadang-kadang sepertinya di tangan kita, atau di tangan orang lain. Tapi hakikatnya, atas usaha kita bersama-sama. Mereka dahulu, lalu kita menyambutnya, selepas kita, orang lain pula datang menyambung. Allah memberi hidayah melalui kita semua, dengan kehendak Nya semata-mata. Tanpa salah satu anak tangga, takkan sampailah ke tujuannya.
Ada juga orang kata, seperti kertas. Lebih kurang konsepnya, kita letak sehelai, dia letak sehelai, mereka letak beberapa helai. Jadilah satu stack kertas.
Hidup ini secara generalnya, pun konsepnya begitu, kan? Orang-orang sekeliling kita, peristiwa-peristiwa, apa sahaja, memberi kesan dalam diri kita. Sama ada kita, atau mereka, perasan atau tidak. Bagaimana kita sekarang, adalah adunan dari persekitaran yang kita membesar di dalamnya.
Macam dalam buku 5 People You Meet in Heaven la pulak kan.
Dakwah dan hidup. Sama kan? Sebab, dakwah itu kehidupan, dan kehidupan itu dakwah?
Pointnya, tiada usaha yang sia-sia. Never. Tak pernah rugi. Setiap langkah di jalan ini adalah kemenangan. Tak boleh lah stop melangkah kan. Dan sabar. Kita manusia suka sangat nak tengok kesannya depan mata. Sabar ye.
Dan ada lagi kurnia Allah lain yang kamu sukai iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira bagi orang mukmin. asSaff: 11
Semoga Allah redha akan apa yang kita buat. Allah, ikhlas tu, susahhh sangat T_T Please please please help us.
Ikhlas dan sabarlah.



subhanallah.
ReplyDeletethorbaek. sgt true.
tp aikk?
sempat gak eh. melaporkan dari bilik gerakan.
hehe
(ok22 ni escapism. akan belajar kembali.)
lovess,
:)
haha. we call this, inspired by kerja2 di bilik gerakan. apologi kepada pms.
ReplyDeletepape je la. awk ok ke tu? belaja rajin2 k. kat bilik sy kan? ;)
hehe..
ReplyDeletetercari2 makna tersirat escapism..
i gotta here.. (^^)
smg Allah melindungi perjalananmu ya uhkti..
selamat study~ say no to E.S.C.A.P.I.S.M. (^^)