saje je nak test


hari ni rumah kami ada tetamu-tetamu. best, hudhud suka terima tetamu. tetamu ada beberapa orang, maka kami putuskan untuk bagi dalam satu atau dua bilik untuk mereka tidur. empunya bilik yang terpilih tu bolehlah tidur dengan housemate yang lain. dan bilik saya jadi antara yang bertuah, terpilih.

bilik saya taklah selalunya kemas sangat. kemas je, cuma, oh well. siapa yang tahu tu tahu je lah kan. tapi taklah selerak kan, kemas je kan kan kan? tapi sebab ada orang nak tidur kat bilik saya malam ni, maka saya pun kemas dengan penuh semangat dan kesungguhan. hasil: bercahaya dan bersinar-sinar kemasnya. saya pun kagum, rupanya bilik saya boleh jadi sekemas ni. harap mereka gembira tidur di sini.

tanpa disangka-sangka, seorang housemate berkata:
sori mimy! diorang tak jadi tidur bilik awak malam ni.

apa?



macam tu lah hidup ni. kadang kadang, atau banyak kali, Allah nak uji keikhlasan kita. Allah nak tengok kenapa sebenarnya kita buat sesuatu perkara tu. masak. solat. belajar. sayang orang. dakwah. Allah nak kita sendiri reflect diri kita, adakah benar kita buat kerana Allah, atau kerana sebab lain?

reminds me of tafsir surah albaqarah, ayat pertukaran qiblat [kuiz: ayat nombor berapa? ;)]. mula-mula qiblat kita kaabah, kemudian Allah ubah ke alAqsa, then kaabah semula. pertukaran qiblat ini, sungguh, bukanlah perkara yang mudah bagi generasi pertama ketika itu.


dan sesungguhnya peralihan qiblat itu adalah suatu perkara yang amat berat melainkan orang yang telah dihidayatkan oleh Allah, dan Allah sekali-kali tidak menyia-nyiakan iman kamu. 2:143


baitullah sejak dahulu lagi amat dekat dengan hati kaum arab khususnya sekitar makkah. very dear to their heart. lihat saja tafsir surah alfil, jelas. jadinya bestlah jadi orang islam, solat pun menghadap Kaabah yang dicintai. tapi selepas hijrah, Allah suruh menghadap Baitulmaqdis. apatah lagi, time tu Baitulmaqdis sedia merupakan qiblat ahli kitab, yahudi dan nasrani. berpaling dari Kaabah yang dicinta, kepada Baitulmaqdis yang seolah-olah 'dipunya' oleh kaum kafirin, hanya kerana Allah. bukankah itu menuntut korban jiwa dan cinta, menuntut ikhlas yang tinggi. kena ejek lagi dengan orang-orang kafir semua, sebab menghadap ke qiblat mereka.

"ohh, baik kami tak payah masuk islam. qiblat punn sama, kami dulu pulak tu yang menghadap alAqsa sebelum kamu. sama lah tuu kita ni."

setelah beberapa lama, Allah ubah semula qiblat ke arah Kaabah.


dan Kami tidak jadikan qiblat yang kau hadapi sekarang ini, melainkan supaya Kami dapat mengetahui siapakah yang sebenarnya mengikut Rasulullah dan siapa yang berbalik ke belakang. 2:143


hasilnya?

hati yang bersih. bulat semata-mata kerana Allah. bersih dari rasa kemegahan perkauman dan fanatik kebangsaan, rasa megah yang selain dari megah kepada agama Allah. bersih dari keladak-keladak jahiliyah, bahkan dari segala apa yang berkait dengannya. cintai baitullah kaabah kerana Allah menyuruh menghadapnya, bukan kerana bangga yang berakar dari jahiliyah dahulu.

itulah. kesimpulannya, banyak jadi dalam hidup kita, apa yang menimpa tu walau kita rasa sangat lah tak best, tapi sebenarnya Allah nak bersihkan hati kita dari keladak jahiliyah yang hina dan rendah. at the end of the day, biar semua hanyasanya kerana Allah.

ikhlas tu satu perjalanan yang jauh. moga kita takkan pernah jemu.

reminds me of kata-kata umar alkhattab jugak.

kita ini mulia kerana islam. kalau islam tu kita tinggalkan, jadilah kita kaum yang hina semula.

fuh. what a long post.
sumber: tafsir zilal ayat-ayat pilihan :)

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

6 Responses to saje je nak test

  1. subhanallah. mashaAllah sister sister..

    thorbaek thorbaek. ;)

    jazakillah for the reminder ukhti.

    keep on writing n inspiring others!

    loves,
    a.i.

    ReplyDelete
  2. sukaaa :)
    jzkk mi!

    i lebiu. hehe

    ReplyDelete
  3. mimi, saya rasa bilik awak kemas aje. btw, saya ubahsuai bilik saya. jadi lebih luas, lebih cantik, lebih cozy dan lebih wangi. silalah datang lagi.

    ReplyDelete
  4. ooowwww....huhu...afwan sistah...hukhuks..x sngaja..:P

    ReplyDelete
  5. mimy...thanks sbb bagi pinjam bilik..walaupun tak tdo 1st night..tapi dpt tdo second night...sangatlah lena..thanks mimy...sorry tak sempat salam. kena gerak awal2 pagi...nanti datang galway eh...saya kasi pinjam my room pulak =)

    ReplyDelete
  6. Uit mimi... bilik awak sejak di kmb sentiasa best... saya pencinta bilik mimi. sekian.

    hehe. mimi, saya rindu nk lepak di bilik awak dan ketuk pintu dan cakap
    "mimi, nak gi supper tak??!!!"
    T__T

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.