why inferiority complex?


inferiority complex.

Saya tahu perkataan ni, rasanya time 1st year kat kmb dulu. Oh I know, my English is not that good. Perkataan simple tu pun dah tua bangka baru tahu.

Kawan saya pernah bagitahu pasal ni. Dan alhamdulillah saya masih ingat sampai sekarang. Mesti sebab dia ni ikhlas share benda ni dengan saya, maka Allah mengekalkan kata-kata tu dalam hati saya. Tahniah kawan! :D

Soalan: Kenapa kita rasa perasaan inferiority complex itu?

Zebra said: Ohh this is so sad. Why are these two uncle giraffes are taller than me? Sobs.
(Photo from eckkheng, Flickr)

Jawapan:

A. Saja.
B. Tak tahu, tiba-tiba je ada.
C. Tak pernah rasa pun.
D. (ok ok, bersedia, pilihan jawapan yang ni panjang sikit)

Surprise surprise, rupanya kenapa kita rasa inferiority complex itu adalah sebab kita merasakan diri kita ni lebih dari orang lain.

Kita rasa kita ni lebih dari dia, tapi rupa-rupanya ia tidak seperti yang kita jangkakan, dia lebih hebat. Maka kita kecewa sebab sangkaan kita salah, dan kita ni tidak lah sebagus mana.

contoh situasi:

Dalam kelas. Markah kawan-kawan lebih dari kita. Kita rasa sedih, inferiority complex. Oh aku tidak layak berkawan dengan mereka. Mungkin aku patut dicampak ke kelas lain. Siapalah aku, pacal yang hina.

huraian:

Mengapa? Sebab kita jangka markah kita lebih tinggi? Sebab kita expect orang lain tidak sepandai kita, kita selayaknya dapat markah tinggi dan bukan mereka? Usaha kita lebih dari orang lain?

E. Tiada di atas.


Pilihlah jawapan anda. Tak semestinya D, walaupun yet they say jawapan yang paling panjang tu selalunya betul :P hehe. Tapi seriously, tak semestinya kan? But for me, setiap kali saya ala-ala nak rasa down kerana inferiority complex, bila saya ingat balik benda ni maka alhamdulillah kebanyakan masa saya akan pulih semula. Perkara ni sepatutnya menjadikan kita sentiasa bersemangat untuk jadi lebih baik, sebab perasaan inferiority complex itu selalunya bisa mengganggu fikiran dan emosi kita, membejatkan semangat kita (asyik guna perkataan semangat je, ada cadangan perkataan lain tak?) dan membunuh kesungguhan kita dalam, apa-apa saja lah. Maka buang perasaan tidak bagus ini, tidak perlu bazir perasaan, bangun dan teruskan usahaaaa!

oh, satu perkara yang super penting. Bila kita sedar kewujudan perasaan i.c. ni, dan kita sedar yang sebabnya adalah seperti di D, cepat-cepatlah buang, istighfar jom jom! Keranaaa, perasaan tu sebetulnya adalah perasaan ujub, adik beradik riya' gitu, yang mana kalau kita ada perasaan tu, is a big no no. Serius ni. Nabi kata,

"No one who has even an atom's weight of pride in his heart will enter paradise." A man asked him, "What if a man likes his clothes and shoes to look good?(meaning, is this counted as pride?)" The Prophet said, "Allah is beautiful and loves beauty. Pride means denying the truth and looking down on other people."
Riwayat Muslim.

Dan juga jom kita ingat, dosa pertama yang menyebabkan syaitan jatuh darjatnya sejatuh-jatuhnya, adalah perasaan lebih mulia dari Adam,

"Aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah."
al-a'raf:12


okay sekarang saya akan baca dan prepare untuk eksperimen esok. Experiment dalam lab yang pertama untuk tahun ini, dan pertama kali berjumpa dengan ahli group yang akan bersama-sama selama banyak minggu! *tak ingat. mungkin 7 minggu atau lebih*

assalamualaikum wbt semua :)


Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

One Response to why inferiority complex?

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.