Perasaan yang paling tak best dalam dunia adalah perasaan bila hati jauh dengan Allah. Saya paling tak suka perasaan tu.
Saban kali, saya akan cuba ingat perasaan ni, dan ingatkan diri, Mimy, awak takkan nak hadapi perasaan ni lagi sepanjang hidup awak. Perasaan ni patut jadi booster untuk saya teruskan usaha, jangan buang masa, tinggalkan dosa dan perkara sia-sia, tingkatkan ibadah, zikir banyak-banyak, istighfar sungguh-sungguh, sampaikan dan reach orang ramai, baca Quran dan tadabur, tak boleh malas-malas, penuhkan mutabaah amal, baca buku-buku fikrah, dengar recording, pasang ayat-ayat Quran, betulkan niat pergi usrah, gigih bangun qiam, belajar kerana Allah, berakhlak mulia. Hidup untuk Allah.
Dan saya tak suka sangat bila saya kalah, dan perasaan tu datang balik.
Time tu, hati rasa numb. Dengar je tazkirah dan pengisian. Baca je blog-blog yang membina. Kata-kata yang saya pernah bagitahu orang lain pun, terngiang-ngiang di telinga, terlintas. Kebaikan dan peringatan seolah-olah tetap datang dari setiap penjuru.
Maksudnya apa tu?
..sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. AliImran:103
"..tahu tak, saya rasa, dah banyak kali sangat Allah selamatkan saya."
"..bersyukurlah."
Sekiranya Allah menghendaki, nescaya Dia kunci hatimu. asSyura:24
astaghfirullah. astaghfirullah. astaghfirullah.
Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan, dan menjadikan (iman) itu indah dalam hatimu, serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kederhakaan. alHujurat:7
Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku. Tiada Tuhan selain Engkau. Engkau yang menciptakan dan aku hambaMu, dan aku berada dalam perjanjian denganMu. Ikrar kepada Mu (yang akan kulaksanakan dengan segala kemampuanku. dan aku berlindung padaMu dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan. Aku mengakui (dengan sebenar-benarnya) nikmatMu kepadaku, dan aku mengakui dosaku. Maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau. HR Bukhari



(T_T) astaghfirullah
ReplyDeletesaya pun tak nak kalah!
tak nak futur!
JOM ukhti!
sama22 bangun JOM!! lillahita'ala.
(T_T)
allah.. allah.. allah..
mimy
ReplyDeleteAllah sangat baik kan?
:)
saya pun tak nak kalah jugak..
ReplyDeletekita kena jihad wahai ukhti..
tak cukup dengan infak je..
jihad dengan jiwa sekali..
bukan senang..tpi siapa yg tak nak ampunan dan rahmat Allah yg sgt besar...
jom sama2 berusaha...nanti boleh jumpa dalam syurga...hugs..
may He loves U more than i do ya ukhti!!