Bismillah.
Patut ada lecture sekarang, 9-11 am. Tapi cancel; due to staff illness. Alhamdulillah - is that the right response? Haha. Mungkin betul, andai saya gunakan masa sebaiknya =)
Saya baru je baca dua post blog yang best sangat. Kan Nabi kata, sampaikanlah walau sepotong ayat. Maka saya nak sampaikan kepada komuniti maya ni, 2 post blog. Silalah klik:
Wah. Boleh mintak komisen ni.
Tengok-tengok dalam diri, tengok-tengok orang sekeliling yang dekat dengan saya, saya jumpa satu persamaan antara kami semua. Ok, banyak persamaan sebenarnya. Tapi ada satu yang spesifik yang sama, berhubungkait dengan persekitaran dan keadaan kami kala ini.
Kata kunci: Belajar.
Begini saya memujuk diri supaya terus bersemangat!
Sampai satu masa, macam-macam akan saya rasa. Sedih sebab tak faham. Apa yang orang-orang putih ni dok mumbling ni? Cuba cakap tu clear-clear. Inferiority complex. Keliru apa yang patut settlekan dulu. Pening banyak benda nak buat. Kecewa dengan diri sendiri sebab ngantuk dalam lecture (ups). Rindu dulu-dulu yang tak payah pening macam ni. Sampaikan terfikir, salah ke jalan yang saya pilih?
Bertenang, wahai diri. Sedarlah hakikat yang bukan awak seorang je rasa macam tu. Orang lain pun ada yang jiwa kacau juga. And you're never alone kan? Allah ada sama-sama =)
Tuhanmu tidak meninggalkan mu, dan tidak(pula) membencimu. Dhuha:3
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku dekat.
alBaqarah:186
Bila rasa susah macam ni, inilah masanya kita ingat kembali, atas sebab apa kita buat semua ni? Various people would have various reasons, terpulanglah pada diri masing-masing. Cuma kita kena tahulah, untuk kita jadi kuat menempuh jalan yang kita pilih, kita punya sebab pun mestilah kuat juga kan? One who stands for nothing, will fall for anything. Maka jika kita buat sesuatu dengan sebab yang konkrit dan kuat dan hebat dan best, kita takkan kalah dengan perkara-perkara remeh seperti di atas kan? Apakah sebab yang paaaaling konkrit dan kuat dan hebat dan best dalam dunia? Hee. Jawab dalam hati ye =)
Kuatlah wahai hati, teguhlah wahai jiwa. Teruskan berjuang, sebab semua ni insyaAllah takkan sia-sia. Perkara yang susaah tu lah yang lebih baanyak ganjarannya. Takkan sesekali Allah menzalimi kita. Takkan sesekali Allah letakkan kita pada situasi yang kita tak mampu nak handle. We can do it! Allah mesti bantu kita, insyaAllah. If He brings you to it, He will bring you through it. Dan, tidak tidak. Awak tak buat pilihan yang salah, insyaAllah. Allah dah aturkan yang paling baik untuk kita. Yakinlah, gerak hati kita time buat keputusan untuk berada di sini, gerak hati tu, Allah yang bagi. Ingat tak, kita yang doa kat Allah supaya beri yang terbaik untuk kita? Kita yang doa kat Allah supaya bantu kita memilih satu antara beberapa? Kita yang doa kat Allah supaya beratkan hati kita ke arah pilihan yang terbaik untuk diri kita, iman kita, kemampuan kita, hidup kita di sini dan di akhirat sana? Maka ini yang Dia bagi. Ini jawapan Dia. Ini pilihan Dia untuk kita =)
Saya suka betul dengan kata-kata Saidina Ali,
Jika engkau merasa letih berbuat kebaikan, ingatlah, letih itu akan hilang, dan kebaikan itu akan kekal. Dan jika engkau merasa seronok melakukan kejahatan/dosa/maksiat, keseronokan itu akan hilang, dan dosa itu akan kekal.
Rasa letih kita, pening kita, stress kita, sedih kita akan hilang nanti. Nanti tu bila? Bila-bila la. Bila kita dah adapt. Bila kita 2nd year, 3rd, 4th atau 5th mungkin. Bila kita dah grad. Bila kita dah kahwin ada anak ada kerja. Bila kita dah takde. Tapi apa yang tinggal? Kebaikan tu lah. Belajar ni, satu kebaikan, kan? Yang tinggal, ganjaran kesusahan kita. Yang tinggal, catatan malaikat di kiri kanan kita. Yang tinggal, kegembiraan bila bertemu Allah nanti. Sementara tu, bertahan tau! Bekerja sungguh-sungguh! Buat yang terbaik! Semangat~!
Dan sungguh, yang kemudian itu lebih baik bagimu dari permulaan.
Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti memberi kurniaNya kepadamu, sehingga kamu merasa puas.
adDhuha:4-5
Ala, lagipun hidup kat dunia ni kejap je.
Dia(Allah) berfirman, "Berapa tahun lamakah kamu tinggal di bumi?"
Mereka menjawab,"Kami tinggal di bumi sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada mereka yang menghitung."
Dia(Allah) berfirman, "Kamu tinggal di bumi hanya sebentar saja, jika kamu benar-benar mengetahui."
alMu'minun:112-114
Barangsiapa yang melalui jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan mudahkan jalan ke syurgaNya. Makhluk-makhluk di darat, dalam air, pokok-pokok yang kita lalu nak pergi kelas, semua doakan kita tau. Kalaulah kita mendengar doa mereka, mesti sangat excited nak pergi kelas selalu =)
Ilmu yang kita belajar pun, kan ilmu Allah. Jom kita doa, Allah, pinjamkanlah kami ilmuMu, ajarkan kami untuk memahaminya, mengingatinya, mengamalkannya. Allah, Kau sangat sangat hebat dan super duper terel dengan segala ilmu milikMu ni, dengan seluruh alam ciptaanMu ni. Kami takkan dapat mengerti, kalau Kau tak izinkan ilmu tu melekat dalam jiwa kami. Allah, berkati ilmu-ilmu ini. Tambahkan iman kami dengan ilmu-ilmu ni, dengan ia kami lebih mencintaiMu. Allah yang Maha Best, Kau satu-satunya Penolong kami. Kami takde penolong lain dah, hanya Kau.
Cukuplah Allah bagiku. Tiada tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal, dan Dialah Tuhan yang mmemiliki Arasy yang agung.
atTaubah: 129
Sudahkah kau tenang, wahai hati? Jom, kita teruskan usaha!
Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain).
Dan hanya kepada Tuhanmulah kamu berharap.
Insyirah:7-8
Oh ye, bila berusaha, kita kena buat sehabis baik! Sebab Nabi kata,
Allah loves to see one's job done at the level of itqan (perfection).
See? Once we are Muslims, there are many reasons for us to work hard, to put our best effort, to be successful in everything! Siapa berani kata, Islam tu cuma solat, puasa dan haji? Siapa berani kata, Islam jadikan kita ketinggalan dan mundur? Siapa? Siapa?



suke~
ReplyDeletebtw mimy, edit quote awak tu. ade silap sket.
it suppose to be "If He brings you TO it, He will bring you through it"
thanx mims. saye pun sdang struggle mncuba utk maintainkan azam tu sntiase kat atas =)
*strength is with none but Allah*
sayang awak.
salam mims. hehe. bess2. i loike lah this post. keep it up sis. may Allah ease everything for u and all my little sisterssss :)
ReplyDeletesalam alaik..suke2 i like this...
ReplyDeletethanx bashu. dah edit dah =)
ReplyDeleteamboi k iman. nak panggil mims jugak ke. haha.
ijah. sy takut sy tulis j tp sndiri xamal T_T
mimi, aku rasa post ni cam utk aku je...thanks2...terharu neh...
ReplyDeletehehe...
aku da semangat sikit da nak blaja, maklumlah, buku baru dapat, n dah tau serba sedikit, n library sangat best!! hehe...mari kita berusaha bersama2...
salam,mimi..huhu..time kaseh for sharing2..dah2 le tidur tu..hehheee(^-^)
ReplyDeletemoga Allah memeliharamu sahabatku (^_^)
ReplyDelete