Kecil


.:Zaman Takde Blog:.
Duduk rumah dan online semasa cuti-cuti KMB, saya akan rasa jeles kepada manusia-manusia esp. sekolej yang ada blog sendiri. Sebab bila baca updates mereka, bagi saya, waktu cuti mereka masih lagi produktif, dapat berkongsi dengan orang-orang, dn menyentuh hati-hati dengan apa yang mereka bebelkan dalam blog tu. Tapi saya? Duk bergolek-golek kat rumah, tak produktif langsung. Lagha banyak.

.:Zaman Ada Blog:.
Tak reti-reti nak update blog. Adeh.


Bila saja saya online, perkara penting yang pasti saya buat adalah membaca updates blog orang-orangan. Apatah lagi kalau dah 2,3 hari tak online, lagi lama spend masa blog hopping. Saya rasa jeles lagi. Pelik, ingat kan bila dah ada blog takkan rasa jeles seperti di atas lagi. Satu, mungkin sebab saya jarang (read:malas) update blog. Dua, sebab blog-blog yang saya baca itu saya suka. Membawa manfaat. Ajak saya berfikir. Reflect. Rancang.

Percayalah, bloggers sekalian. Apa yang anda semua tulis, ada impaknya kepada readers, tak kisahlah pembaca setia atau pembaca curang. Saya baca semua blog-blog yang ada kat sebelah tu, dan blog-blog lain.

Kerana kita manusia. Macamana pun tak dapat elak, apa perlakuan kita sehari-hari akan membawa kesan kepada orang sekeliling, dengan julat radius infiniti. Betull. Cuba baca 5 People You Meet in Heaven, Mitch Albom. Saya tak baca lagi. Tapi tahu la pasal apa. Walau sekecil-kecil, apatah sebesar-besar perlakuan. Lagi pula, kesannya lepas lepas lepas lepas ni. As in the hereafter.

* * *

Semalam adalah hari yang panjang. Dari kampung di Kamunting, terus ke Alamanda, lalu ke KLCC naik LRT. Mencari blazer. Penat juga. Best juga, seingat tak pernah naik LRT dengan Ibu dan Yaya. Selalu dengan kawan-kawan.

Dalam LRT, dalam kepala fikir itu dan ini. Melompat dari tu ke ni, melayang juga. Lupa nak penuhi masa dengan zikir, sekali sekala ada, tu pun agaknya zikir di bibir, tak lekat di hati. Harap-harap jumpa blazer yang sesuai. Jauh perjalanan dah ni.

Stesen kedua. Nampak seorang pakcik yang visually impaired. Pegang tongkat kot. Dan seorang pemuda yang bimbing pakcik tu. Saya kagum. Tersentuh. Termalu. Agak-agak, tu ayah dia ke? Pakcik dia? Bukan. Pakcik tu turun, tapi pemuda tu tak. Saya tengok dia, fikir. Muka pun baik dan tenang je. Weh tak boleh tengok lama lah, kurang pahala puasa.

Banyak sebenarnya peluang nak berbuat baik. Saya tak pasti, kalau saya jumpa pakcik macam tu di mana-mana, saya akan tolong ke tak. Bukan taknak ke malas ke, ok mungkin ada sikit rasa tu, tapi sebenarnya tak terdetik dalam hati, eh kena tolong pakcik ni. Dah ada dalam kepala ni, laa, pakcik ni ok je, boleh je jalan sendiri, tak perlu aku tolong kot. Mungkin, saya sendiri yang tak biasa dengan kebaikan. Pelik rasanya, tolong orang yang tak minta tolong. Kalau dia minta, I would be very happy to help.

Nampaknya, dalam jiwa saya ni belum sebati lagi budaya Fastabiqul Khairat. Bersegera melakukan kebaikan. Serasa jauuuh lagi akhlak ni, nak dikatakan akhlak mulia, akhlak Nabi, AlQuran. Bila sedar akhlak sendiri tak best, rasa bertambah down. Sebab bagi saya, akhlak tak best tu maksudnya hubungan dengan Allah tak best. Hati masih tak bersih. Kotor-kotor pencemaran. Belumm lagi boleh dikatakan muslimah yang solehah. Orang mu'min. Jauuuh lagi. A very loong way to go, yet very short one. Dunia kan sekejap je.

Fikir lagi. Saya berjalan jauh ni, untuk penuhi requirement JPA suruh ada blazer. Penat-penat ni, gagah juga teruskan pencarian. Hari ni kan 31 Ogos, last Mega Sale, sebab tu kena jugak beli hari ni. Tapi, saya berusaha ke setekad ni, untuk penuhi requirement Allah? Layan malas tu, sayang sangat tidur tu. Malu rasanya. Sedih. Sob.

Nak ke KLCC, kena tukar LRT. Saya nampak lagi pemuda tu, dia pun tukar LRT juga. Saya berterima kasih kepada dia. Dalam hati je. Sebab dengan perkara kecil yang dia buat, cuma bimbing pakcik tadi masuk LRT, menyebabkan saya berfikir dan merenung (dan update blog, hihi). Betulkan semula niat di hati ni. Berdoa dan istighfar. Zikir di jiwa. Ingat semangat Ramadhan. Kembali padaNya dalam sibuk mencari dunia. Maka dia turut saya doakan.

Allah menegur saya melalui perbuatannya. Dan pengajaran ini saya kira, amat berharga. Perjalanan ni mungkin jauh dan tak berbaloi sangat ke untuk sehelai blazer, sebab di penghujung cerita, baru saya disedarkan oleh Izzi satu hakikat, sebenarnya blazer yang saya jumpa di Alamanda tu pun dah memenuhi requirement JPA. Ibu pun dah belasah saya sebab kami terpaksa berjalan jauh ni. Tapi dalam hati, saya tahu. Perjalanan ini tidak sia-sia. Ada hikmah yang saya dapat. Mutiara untuk saya hargai.

Macam poyo sangat ke apa. Haha. Tapi betul ni tau.

Ramadhan Kareem to all!




Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

10 Responses to Kecil

  1. SamimY!!~

    hikhik nk pinjam ke buku mitch albom tuh? hihi

    ape pon.. hebat an Allah.. seharian hdup kta adalah satu tarbyah..

    insyaAllah.. bersama2 kite tazkyatun nafs di bulan ramadhan yg penuh dgn rahmat dan maghfirah ini...

    p/s: =)jaga mata.. jaga hati.. jaga diri..

    ReplyDelete
  2. haha.nak pinjam kat orang tu, tibe2 takde pulak kan

    ReplyDelete
  3. best best buku tu.....p la baca..aku nanges kot baca buku tu..ngahaha

    ReplyDelete
  4. awak.(hehe,suka title blog ni~)

    a'ah kan. banyak je hal-hal sehari-hari yang kita selalu macam nak lari daripada buat baik.

    kalau duk dalam komuter ke, teksi ke, kalau boleh kita borak2 dengan sape2 yg di sebelah, driver ke, iA sempat juga sebarkan benda2 baik.kata2 islah =)

    ini tidak.kita prefer utk tido..haha.saya la.

    em..usaha.. fastabiqul khairat! bersegera, berlumba2..!

    ;)

    ReplyDelete
  5. pipah! welcome2 =) dan nobs(kui3) juge. nobs aberdeen~ hihi

    ReplyDelete
  6. saye dpt bygkan gaya mims sebut "macam poyo sgt ke ape".hahaha.rindu sgt sama kamu2 =)

    mims,nape susah2 sgt cari blazer? ni msti pilih nak ade labuci2 je nik eh? hihi.
    btw nice post mims. kekadang kite terlalu caught up in our routine smpai x sdar ape yg jadi kat keliling kite.bile naik lrt,cam nak cpat smpai je.bile wat keje,rase cam cpat2 la abis n nak lik umah.kite lupe yg setiap kjadian dpan mata kite,tak kire la dlm lrt ke,atas jln ke, tu sume kan allah dah tulis =) msti ade pngajaran utk kite dpt,hanya dgn melihat n berfikir sejenak. pengisian tu boley dpt dr mane2 n sesape je =)

    ReplyDelete
  7. haha. bengong je kisah blazer ku. kene la ade labuci2 dan manik2, bru glamer. kui3. btoi tu bash. bgusnye kalo buleh ingat mende tu stiap mase kan.

    ReplyDelete
  8. naseb bek ade izzi sedarkan

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.